Kalau Tak Ada Stadium, Mungkin Kita Masih Akan Main Badminton Dekat Tempat Letak Kereta
Hai korang!! kali ni aku tak nak berletiaq panjang dengan hanpa semua.. terus baca etnrti aku kali ni.. kita tak santai-santai.. nak santai-santai pi pantai laah.. haha hari ni weh !! kita sembang pasal perubahan infrastruktur dalam komuniti badminton kita.. wehh!! korang … jujur aku cakap, kalau tiba-tiba semua stadium, dewan dan gelanggang badminton kat Malaysia ni hilang — aku rasa orang kita tetap main juga.
Sebab geng badminton ni bukan jenis tunggu tempat proper baru nak keluarkan
raket.
Selagi ada ruang lapang, ada shuttle, dan ada
kawan yang sanggup berpeluh sama,
confirm jadi. Kau tak percaya? Cuba tengok sendiri.
Aku yakin ramai yang start main badminton bukan kat stadium pun.. kaan
mula-mula tu main dekat jer.. tapi kat depan rumah, bawah flat, atau kat
tempat parking.
Lampu jalan jadi spotlight, tong sampah jadi tiang net, dan garisan court?
Ala, lebih kurang la, janji boleh serve.
Waktu tu mana ada kasut Yonex, jersey Li-Ning, atau raket mahal. Yang ada cuma semangat dan satu shuttle cap ayam yang terbangnya pun kadang ikut arah angin, bukan arah pukulan. itu yang smash angin lagi banyak.. haha
Tapi tu lah moment paling ikonik. Pukul shuttle sampai jiran sebelah marah, tapi bila dia tengok kita enjoy, dia pun join sekali. Badminton ni dah jadi budaya bukan sekadar sukan. korang perasan tak, kalau ada family day, event pejabat, kenduri kahwin mesti ada satu waktu orang akan keluarkan raket.
Tak kira tua, muda, lelaki, perempuan semua nak join.Badminton ni bukan pasal siapa pro, siapa rookie. Dia pasal “nak rasa fun tu”.
Walaupun orang tak pandai smash, dia akan cuba juga sebab feeling tu lain bro.
Lepas satu rally panjang, semua orang gelak, berpeluh, dan terus rasa bonding
tu hidup balik.
Tu lah magik badminton dia satukan orang tanpa perlu banyak cakap.
Ni bukan hyperbola weh, ni realiti. Aku pernah nampak geng ofis main badminton kat kawasan loading bay kilang. Diorang gantung net kat antara dua lori!
Bila shuttle jatuh bawah lori, semua pause game. Ada yang ambil galah, ada yang merangkak bawah semua sebab satu bola plastik tu. Dan bila dapat balik shuttle tu, semua tepuk tangan. Macam menang set final Thomas Cup. .. haahaha malu pulakk bila teringat benda ni.. hehe..
Macam kat kampung aku dulu, ada satu padang bola kecil. Malam-malam bila tak ada game, kami bentang net portable dan terus main badminton. Angin lintang pun redah je, sebab apa? Sebab nak peluh, nak enjoy, nak rasa moment tu.
Sambil tu ada bunyi motor lalu, budak-budak kecil jerit “SMASH!!”,
mak jiran keluar tegur sebab shuttle masuk rumah dia semua tu kenangan yang
tak akan hilang.
Main kat tempat “tak rasmi” ni ajar kita satu benda korang kaan tak perlukan fasiliti mahal untuk enjoy sukan. Kau cuma perlukan semangat dan kawan yang sekepala.
Tu tanda badminton ni bukan trend tapi
gaya hidup.
Sebab semua orang ada sebab tersendiri kenapa dia turun court.
Ada yang nak bakar kalori, ada yang nak lupa stress kerja, ada yang cuma nak lepas rindu main dengan geng lama. Dan semua tu valid. tau.. jangan main-main weh !! haha berangan jer lah kalau tak main betul-betull..
Ada orang bayar gym mahal-mahal nak keluarkan peluh. Kita? Bayar RM20 satu jam, tapi peluh macam maraton. Dan yang best, sambil peluh kau ketawa. Sambil rally kau dapat moment yang tak boleh dibeli moment bila partner kau silap bola, semua jerit “Aduhh brooo!” tapi dalam masa yang sama, semua ketawa.
Itu lah moment yang buat kita rasa hidup balik.
Tapi kalau kau tanya mana kenangan paling best, semua orang akan cakap benda yang sama: “Masa dulu main bawah lampu jalan.” Sebab masa tu, kau main bukan sebab nak menang, tapi sebab nak rasa seronok hidup. Itu yang buat badminton Malaysia ni special sukan ni bukan sekadar untuk pro, tapi untuk semua.
Sebab tempat tu tak penting sangat. Yang penting ialah vibe. Sebab badminton bukan sekadar tentang shuttle jatuh dalam court, tapi pasal tawa, jerit, peluh, dan persahabatan yang terbina setiap kali game bermula.
Kalau satu hari nanti semua stadium hilang,aku yakin kat tempat letak
kereta, bawah flat, tepi surau,
kau tetap akan nampak geng bawak raket, bentang net, dan jerit . Service bro!!
Sebab badminton ni bukan sekadar sukan dia cara hidup dan gaya! Oklah korang.. setakat ini jer lah kita sembang pasal stadium ni.. sebenarnya banyak lagi aku nak story morry dengan korang tapi aku sambung dalam entri yang lain jer lah ya.. sebab apa, nanti jadi lagi sejam pula korang baca entri ni tak gerak-gerak.. hahaha
sakit bontot kaang.. kita pisah-pisahkan dan kita tengok part 2 dalam entri yang lain ya.. jadi aku harap korang terus support aku dan terus beri sokongan padu untukk aku ya. jujur weh !! aku sangat bersyukur ada fans macam korang yang sentiasa ada dengan aku.. terima kasih semua!! kita jumpa di next entri ya !
Catat Ulasan for "Kalau Tak Ada Stadium, Mungkin Kita Masih Akan Main Badminton Dekat Tempat Letak Kereta"