Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bercinta di court !! rimas aku !!

Hai guys !! kali ni aku terfikir untuk tulis artikel mengenai badminton couple.. alaa nak jiwang-jiwang sikit jerr.. ni bukan apa tau, ni kes bila aku main badminton dekat court ramai-ramai.. lepas tu nampaklah ada pasangan-pasangan yang bercinta ni turut bermain sama.. aku tahu lah, ni jer tempat korang nak lepak kan.. tak yah lah sweet-sweet.. eeee..

Diorang ni bukan nak sangat menang punn dan bukan nak main sangat pun.. cuma nak tengok pasangan masing-masing jerr kan.. alasan nak jumpa jerr..hehe ini benda yang dah jadi trend sekarang ni.. kesian dekat yang single-single yang main dekat court nii.. dah melopong jer tengok korang bermanis-manisan tu.. haha

Kita pernah nampak benda ni waktu petang-petang dekat asrama jer kaan.. datang ramai-ramai.. tapi rupanya teman dua kekasih yang sama-sama ada dalam group tu.. kadang-kadang diorang dua tak sembang pun.. kau tengok aku, aku tengok kau.. haha nak cover jer kaan.. last-last sembang ddekat phone jer laahh.. haha..

Kalau budak-budak sekarang ni cakap couple court tapi untuk budak-budak badminton lah ya..diorang boleh dikatakan bukan pasangan untuk berlawan dalam court tapi pasangan hati dan jiwa.. cewaahhh.. ee geli aku.. nak termuntah taip benda ni hari ni.. weerkkk.. Ada juga yang mendapat jodoh dari court badminton tau.. dari jadi pasangan lawan terus jadi pasangan hati.. ini baru jodoh !!


Badminton Couple: Cinta Berputik Antara Raket & Shuttle

Kisahnya bermula dari tukar-tukar shuttle kepada tukar-tukar hati.. ehh.. benda simple jer tau.. mula-mula minta shuttle sebab nak serve di court kaan.. tapi lepas tu mula kenal nama dan tinggal dekat mana.. lepas tu nak main badminton sekali bila kan.. lepas tu baru lah mula luah perasaan, ajak lepak mamak lepas main badminton..

alaah itu semua modus jerr tu.. haha lepas tu tanya minggu depan nak jadi partnet badminton lagi takk. kau ingat ni drama korea nak bercinta-cinta dekat court bagai.. kau ingat kai ji chang wook ka? hahaha lepas tu kawan-kawan pun mula perasan dan mula kenen-kenen kan.. lama-lama terus dah terbiasa dan orang lain pun dah tak kisah. korang berdua pun jadi couple dan lepas tu kawin.. tapi tak jemput aku..ceiit..

Berbalik kepada court couple kita ni.. diorang ni nampak biasa jerr tapi komunikasi diorang ni memang jujur tau.. kadang-kadang tu cover kiri kanan.. lepas tu cakap janganlah smash kuat-kuat.. kaan.. kalau orang luar dengar mungkin ingat bergaduh, tapi sebenarnya itu cara sayang versi court. haha Lepas game, dua-dua minum air botol yang sama, share towel (yang dah separuh basah peluh) Romantik? Eh bagi mereka, bagi aku takk eeee..

Tapi drama yang menarik bila kita tengok adalah bila couple ni dipisahkan dan kena lawan antara satu sama lain.. fuhh masa ni baru kau kenal langi tinggi ke rendah.. ada yang bebai lah nak habaq dekat hangg..ada yang menangis, ada yang merajuk bagai sampai balik reket dan lepas tu lakilah kena pujuk balik.. drama weh drama taau..

Ni paling lawak. Kalau dua-dua dah couple tapi masuk court lawan, terus jadi episod “Raket & Air Mata”.Mula-mula tu main game elok jerr.. semuaa ok. Lepas tu si dia smash bola tepat ke muka boyfriend terus cakap sorry sayang bagai, i tak sengajaa.. haha boyfriend pun jawab takpa tapi pedih weh kenaa.. haha respon boyfriend tu buat satu cour gelak..

Tapi lepas game tu, dua-dua senyap.. masing-masing nak lepaskan tapi takut kawan-kawan lain sedar yang diorang gaduh.. tapi member lain dah nampak dah yang ada something berlaku nii.. lebih risau bila group whatsapp sunyi tu sah-sah lah ada masalah nii... tapi mujurlah next meeting tu diorang tetap datang juga.. tak gaduh-gaduh dah..

korang kan tahu yang badminton ni kalau kalah boleh dimaafkan jerr tapi kalau bawa masalah luar masuk court memang susah nak maafkan.. boleh kacau mood weh.. tiba-tiba masalah luar bawa dalam court dah jadi port nak balas dendam jer.. smash aim dekat badan lawan.. lepas tu buat-buat sorry bagai.. aaiii, aku sekeh kepala budak ni kaang..

Sikit-sikit takpa lah kan.. selalunya bila nampak ada pasangan gaduh masa main dekat court ni member lain akan sound direct jerr.. kau nak main ke kau nak bergaduhh.. haaa dah keluar ayat macam ni sendiri mau igatlah yaa.. lepas tu kan.. terus bagi diorang team balik.. kalau lawan juga mesti jadi perang dunia lagi lah.. gameplay pun jadi bosam.

Nak main bagi keluar peluh jer, tak pasal-pasal kena layan diorang ni punya perangai.. balik selesai lah dekat rumah yaa.. ehh diorang couple kan..jadi selesailah sendiri dekat mana yang korang suka.. hahaha 

Bila time tak bergaduh, couple badminton ni selalunya saling bermotivasi antara satu sama lain, mereka buat senyap-senyap jer.. lelaki tu akan tunjuk yang dia paling kuat dan power.. tak layan team perempuan lain bagai.. manakala perempuan tu pula tengok dari jauh, kot-kot boyfriend dia perlukan air ke nak minum ke.. terus bagi air.

Diorang pun saling bantu ajar main badminton dengan lebih baik.. laki jadi coach , yang perempuan dengar jer dan senyum-senyum kaan.. last-last diorang berdua makinpower main badminton kan.. Bila couple dah makin serius, geng court pun akan jjadi macam “keluarga saksi cinta.” Mereka la yang tolong rakam first video partner dua orang tu training.

Member lain lah yang tolong pilih raket matching dan siap usik bila sorang tak datang kaan.. haha Kadang bila couple tu kahwin, geng court siap datang majlis pakai jersi court. Atas pelamin pun ada raket hiasan.. sebab nak bagi tahu yang diorang ni badminton couple. sweet weh dan jadi weding of the year kan..

Memang macam-macam kenangan yang dilalui bila kita main badminton ni.. kau belum tengok lagi ada pasangan tu yang serang pasangan lain sebab curang !! haaa bergegar court besar tu dengar perempuan tu jeriitt.. fuhh ni aku cerita lain kali..kita simpan untuk entri seterusnya ya.. 

Korang yang ada pengalaman dapat jodoh dari court badminton ni boleh lah komen banyak-banyak dekat bawah.. aku nak tengok realiti dia macam mana kan.. yerlah tak semua ada pengalaman macam ni kan.. ada jer yang dah main badminton lama bertahun-tahun tapi satu pun tak terpikat kan.. jadi korang yang berjaya tu macam mana korang buat.

Kami pun nak tahu juga, jadi komenlah ya. nanti aku buat sambungan artikel untuk cerita ni pula ya.. aku bukan tak nak sambung sekarang tapi ada hal lahh.. nanti kita jumpa lagi ya.. korang mesti tak sabarkan nak tahu apa yang berlaku.. selepas tu? haa nantikan sambungannya. cerita best kena ada part 2 kan.. hehe.


Catat Ulasan for "Bercinta di court !! rimas aku !!"