Cerita lawak di Court Badminton!! Takda diorang sunyilah court!
Hai korang! selamat pagi !! amacam hari ni? best ke tidak? ke masih lemau lagi tu.. haha kesian dekat korang kan.. jadi aku nak kongsikan dengan korang mengenai kisah pelik dunia badminton sama ada di peringkat bawah atau peringkat atas. korang kalau pernah main badminton dekat mana-mana tempat dekat Malaysia ni mestilah korang pernah jumpa banyak jenis orang kan.
Kadang-kadang tu aku nampak macam pelik ja kan..Setiap kali aku main, mesti ada moment yang buat aku fikir, eh ni court ke sitcom?.. haha Serius weh, court badminton Malaysia ni bukan sekadar tempat bersukan. Dia dah jadi macam mini dunia. korang nak tahu ker yang court ni penuh drama, emosi, kelakar, dan kadang-kadang boleh jadi bahan TikTok.
Aku sukalah nak cerita dengan korang pasal benda tu kan.. kita sembang-sembang sokong ehh kosong jer hari ni ya.. kita sembang pasal pengalaman kita bermain di court kan. Aku ambil contoh muda bila main dekat court mesti akan ada coach yang tak bertauliah yang akan acah-acah mengajar pemain lain kalau main badminton.. macam terpaling powerlah..
padahal dia nak suruh orang cepat main, lepas tu dia yang nak masuk.. hahaha Haa geng ni paling ramai tau, aku sendiri nampak.. Dia bukan player pro, tapi level keyakinan dia macam baru balik training di Denmark. hahaha Setiap kali kau salah smash ke apa ke kau tak ambik bola ke apa ke kan.. bunyilah suara dia tu.. dia la yang paling dulu buka mulut.
Dia akan kata kau kena buat macam tu macam ni bagai barulah boleh dapat point.. kadang-kadang tu aku dengar pun rasa nak marah, orang tengah pernat..dia nak berletiaaqq pulaak !!! grrr kalau boleh sepak tu, aku sepak dah.. tapi tengah game kan, jadi kita cool ja lah.. kadang-kadang tukan kita tengah main best, shuttle tengah atas angin lagi dia dah bising tau.
Ada masa tu, tengah baru main rally dua kali, dan dia pun sendiri asyik smash sangkut net ja tapi dia punya nasihat tu.. fuhhh macam tengah leading.. kesian dekat partner dia tu. Tapi yang bestnya, dia bukan jahat tau tapi dia cuma terlalu semangat atau terlebih semangat ja. haha. Kau rasa nak marah, tapi dalam masa sama kau rasa kelakar sebab muka dia serius gila bagi “taktikal”.
Kadang bila dia berjaya smash sekali dua, terus buka kelas dekat court tu.. haha dia akan kata haa nampak tak !! itu jadinya sebab kau fokus.. haa samapi tahap tu dia buat dekat kita.. hahaha padahal dia smash tadi tu pun nampak simple ja bising ja lebih..ni kalau dibiarkan 7 keterunan dia cerita pasal benda ni.. haha adoii lah perangaii..
Ada momen yang lagi tak leh blah tau ! apa dia jenis yang mai lambat tapi nak court tengah.. fuhh menyirap betul..kau dah lah datang lambat gila lepas tu, orang dah start main kau masuk dan nak pilih-pilih court pula.. adooii.. kau dah kenapa setaaan !!! Haa ni jenis yang kita semua pernah jumpa. bila kita buat court booking pukul 8 tapi dia sampai 8.45.
Tapi bila datang, terus nak tukar court sebab alasan dia lighting kat hujung tu silau. adoii alasan apa yang kau bagi ni, yang datang awal lah dapat awal dan boleh pilih.. ni datang lambat, hadap jer lah apa yang ada kan.. nasib baik tak kena halau dengan member lain. Brok! kau sampai pun silau dah kena dari muka geng yang tunggu sejam.
Bila dah main, 5 minit pertama dia sibuk stretch tangan.. nak buat acah-acah konon nak panaskan badan lah kan.. gaya dah macam lee zii jia warm up dah.. tapi bila start main jer... fuhh semputt.. Lepas tu baru start rally, tapi stamina dah drop lepas dua setengah bola haha ada hati nak tukar court bagai kan. Yang lagi power korang nak tahu bila? bila kalah, dia blame shuttle.
Kesian shuttle tu dipersalahkan ada ke boleh dia kata yang bola tu berat sangat, tak ori lah bagai.. padahal shuttle tu standard kott.. haha semua tu nak cover malu jer, dia pun bukan pandai main sangat pun main tapi nak tunjuk hebat tapi tak jadi.. maka apa yang ada tu lah jadi mangsa dilepaskan dan dipersalahkan untuk tutup malu. haha.
Korang yang rajin main badminton dekat court tu kan mesti pernah tengok pemain drama korea.. ehh apa pula ni ? ada kim won ho ke yang turun main tu? haa takda lah maksud aku pemain yang kuat drama.. fuhh kalah pelakon drama korea tau. korang boleh buat anugerah pelakon terbaik setiap hujung tahun untuk geng-geng ni. haha macam daesang tu kan..
Memang perangai dia ni kan, Setiap kali bola tak masuk, ekspresi muka dia boleh jadi bahan sticker WhatsApp..haha ada jer double meaning dia.. haha..kadang-kadang tu bebai kemain dia padahal main tak seberapa pun.. ada tu masa tiba-tiba dengar dia keriyau atau jerit kuat gila, satu dewan dengar, rupanya dia jatuh kemudian guling-guling satu court..
Berdekah satu dewan tengok perangai diia.. kawan-kawan dia apa lagi malu lahh lari tutup muka dengan raket.. haha sebab memang dah tahu perangai dia macam tu kan.. itulah hiburan diorang kan. Sekali tu aku tengok sorang abang ni, bola tangkap frame je pun, tapi gaya dia macam baru diselamatkan dari letupan. lepas tu cakap grip aku basah weehh.
haha Padahal baru main 10 minit. Tapi takpe lah kan, perangai-perangai ni memang hidupkan suasana sebab tanpa orang macam ni, court jadi sunyi. macam library kan.. baik tak yah, sekali sekala kita layan diorang punya lakonan dan lawak sebab dioranglah punca tawa semua orang, walaupun dia sendiri kadang lupa markah berapa. hahaha kalau selalu sangat, ketuk dengan raket tu baru ada akaii..haha
Bila teringat balik itulah momen-momen indah bila kita turun main di court badminton.. benda akan muncul bila kau main dengan kawan-kawan kau jerr.. kalau kau main dengan jenis senyap tu, suara dia pun kita tak dengar.. ada tu yang bernafas pun tak dengar bagai.. haha aku main dengan hantu kerr.. kaaan ! Kita semua datang court dengan kisah berbeza, tapi keluar dengan senyum yang sama.
Ada kala kita kalah, ada kala kita menang, tapi semua puas hati. lepas tu ramai-ramai lepak mamak makan mee goreng mamak satuu !! hahaha kita kena sedar setiap pemain atau kawan kita tu adalah satu momen indah untuk kita semua. Sebab badminton ni bukan pasal siapa paling laju, tapi siapa paling enjoy. kita bukan nak main world championship hanya sekadar untuk keluar peluh dan untuk kesihatan.
Kalau satu hari nanti kau dah tak boleh main sekuat dulu, sakit ker apa ker, korang ingalah balik kenangan indah korang dengan kawan-kawan.. bayangkan lepak dengan kawan-kawan court lepas dah pencen terus cakap kau ingat mat top guling-guling satu court dulu? haa mula-mula kisah seronok dan indah di court di raikan bersama.
Diulang-ulang tanpa jemu.. korang yang ada momen-momen macam ni boleh komen dekat bawah ya. nanti aku baca tau.. sebab nak keluarkan part 2 pula adalah dalam 4 lima point yang dalam rangka aku ni.. jadi kalau korang nak tambah lagi panjang boleh komen banhyak-banyak ya.. nanti kau baca dan post ya.. terima kasih kerana sudi baca, kita jumpa lagi kejap lagi di entri seterusnya.. chooww !!
Catat Ulasan for "Cerita lawak di Court Badminton!! Takda diorang sunyilah court! "