Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kenapa Kita Peminat Badminton Malaysia Ni Cepat Sangat 'Koyak'? Geram aku !

 Hai guys!! apa khabar? aku harap hari ni korang sihatlah yerr.. hehe aku tak tahu nak update apa hari ni tapi aku terlintas nak update pasal fans badminton malaysia lah kan.. itu yang aku selalu update dengan korang kan..hehe kali ni kita nak sembang santai jer dengan perangai peminat badminton kita ni yang cepat koyak.


Korang tahukan koyak tu maksud dia apa? tapi tak pelah aku nak cerita kan dengan korang juga yang koyak tuu macam tak leh terima kenyataan dan terus marah.. haaa macam korang lah bila aaron chia dan soh wooi yik kalah awal hari tu, korang mengamukkan.. padahal masa tu memang kita ada masalahkan.. 


Jadi sebab tu ramai marah diorang sebab kalah dengan pasangan indonesia yang sepatutnya kita tak leh menang kaan.. haa macam tu lah maksud koyak kaann sebenarnya ramai yang pernah alami situasi macam ni kaan.. tiba-tiba rasa marah sebab kecewa kan.. jadi itulah istilah koyak yang aku maksudkan.. tapi sebab apa kita jadi macam ni?


Kenapa Kita Peminat Badminton Malaysia Ni Cepat Sangat 'Koyak'? Geram aku !



Kenapalah tak sabar jer dan terima hakikatkan.. aku tak pasti korang hadapi benda ni tak. korang perasan tak yang kita ni kalau bab badminton jer kan.. kita naik syeikh lain macam punya kan.. mungkin sebab passion sampai tahap ada tu sampai bergaduh laki bini.. kalau pasangan lain negara tu memang tiap-tiap kali lawan ja mesti ada yang mereajuk bila kalahkan..


Baru ni aku tengok game badminton tu.. baru main set pertama jer dah dengar meja sebalah bising dan marah-marah sebab player kalah set pertama tu.. fuhh lain macam dia punya maki tau, kadang-kadang tu aku tutup telinga terus dengan earphone sebab nanti dia pula kena maki dengan aku.. hahaha.. kalau korang dengar tu dia punya makian tu macam player tu ada hutang dengan dia tau..


Aku yang duduk sebelah tu kenalah tenangkan diri, kalau aku pun mengamuk dekat dia, habislah kan tempat tu jadi tempat bergusti bagai.. sebab aku ni jarang marah player sebab kita fllow badminton ni dah lama jadi kita tahu ada yang naik dan ada yang turun.. jadi kita tak kisah sangat. kalau dia jatuh tournament ni, next tournament dia menang balik itu jerkan..


Tapi fans kita ni entahlah aku nak cakap pun tak tahu macam mana, cepat koyak atau risau kena bahan dengan jiran sebelah..haaa ni memang merisaukan tau.. korang tahu perangai coach kedai kopi? haa ni lah realiti yang berlaku bila korang tengok game badminton dekat kedai mamak atau tempat-tempat awam ni.. dia duduk senyap-senyap jer hujung tu sambil standby kalau kalah sebab diorang ni akan keluar bila kalah jerr.. hahaha


Kalau menang diorang buat-buat main phone jer sambil tunggu next game.. aku dah masak sangat dengan perangai diorang ni.. acah-acah coach bila kalah tau..ni berlaku dekat dunia realiti tetapi kalau dekat sosial media tu fuhh berlambaakk komen taktikal padahal main badminton pun tak reti.. ini pengalaman aku jadi admin facebook group kan..


Dekat situ lagilah menyakitkan hati, kita tengok dan pantau jerr.. tapi kitalah kena darah tinggi sebab komen diorang tu memang menyakitkan hati.. Bila menang yang komen pun tak ramai.. semua seen jerr tapi bila kalah naik ratusan komen dekat update yang aku buat tu.. siap maki-maki lagi macam aku cakap tadi.. dah jadi tempat luah perasaan pula dekat situ.. haha


Selalunya benda ni berlaku sebab kita terlalu mengharapkan kemenangan daripada pemain-pemain kita.. aku dah tengok sendiri pattern dia dari dua tahun ni.. kalau game awal memang tak ramai yang follow tapi bila dah masuk semi final tu, ramai dah tekan butang like dan share sebab naik semangat dan ramai yang dah update..


Tup tup tup tup.. pemain kita tu kalah di semi final.. enjin fans baru nak panas dah kalah pula.. jadi ramai lepas perasaan tu memang betul-betul kaw - kaw punya laahh..ramai juga yang bila aku sembang tanya mereka sebab sekarang ni ramai fans koyak dan senang mengamukkan.. ramai juga otai-otai kata yang kita dimanjakan dengan zaman kegemilangan Datuk Lee Chong Wei dulu.


Setiap tournament ja mesti masuk final dan menang kaan.. masa tu korang nak tahu tak masuk final dah jadi benda wajib tapi sekarang ni zaman dah bereubah pemain-pemain kita tak dapat nak kekalkan momentum macam tu lagi.. paling tinggi mereka boleh konsisten pun adalah semi final dan suku akhir jer... kita juga kena sedar badminton dah makin banyak negara yang main.


Kalau dulu mungkin gergasi badminton dunia hanyalah Malaysia, China dan dan Indonesia. tapi sekarang denmark sudah naik, India dan tidak lupa Thailand kan. Tu tak masuk jepun lagi yang sentiasa jadi masalah kepada pemain kita.. jadi mahu tak mahu kita kena berpijak di bumi yang nyata dan tidak melepaskan kemarahan kita kepada pemain yang kalah.


Kesian dekat diorang tau.. dah lah stress kena hadap game susah lepas tu stress kalah dah lah kena hadap kecaman netizen lagi.. jadi tak mustahil diorang pun sedih kan.. kita memang nak menang semua game tapi kenalah realisitik kan. jangan terus pangkah diorang bila kalah sampai pemain-pemain kita menangis dengan komen netizen yang tajam.


Keyboard warrior ni pun satu penyakit.. ermm geraam aku hari ni.. korang bayangkan lah ya, pemain tu baru habis game kan.. penat pun tak habis lagi dah kena baca komen netizen yang komen direct dekat posting diorang dekat facebook dan insta.. macam budak kena mental dibuatnya kan.. kita ni kadang-kadang melampau sangat kan.


korang nak kritik boleh tapi janganlah sampai tak nampak usaha diorang tau..Ni sampai menghina fizikal pemain lah dan yang tak boleh blah sebut sampai keluarga pemain tu sekali pun korang komen..memang tak ada perasaan langsung tau.. ada yang sampai keluar perkataan mak ayah kau tak reti ajar main badminton lah bagai.. fuhh geram weh !!


Kita yang sentiasa berada di belakang pemain ni bila baca komen-komen ni rasa memang sedih betul. kita tahu pemain dah berusaha sebaik mungkin dan mereka juga manusia.. kena sedar macam tulah ya.. aku tak tahu nak cerita macam mana.. tapi kalau kita sendiri tak ada rasa kesian dengan pemain-pemain kita memang tak da orang lain yang akan kesian.


Begitulah yang kita harapkan.. pemain kita berjuang demi negara, kita sebagai peminat kena terus beri sokongan padu kepada mereka. kalau rasa tak mahu sokong, janganlah komen benda-benda yang tak sepatutnya.. jangan maki player macam korang selalu buat tau.. jadi benda ni sangat penting dan perkara basic untuk kita semua faham sebagai fans.


Catat Ulasan for "Kenapa Kita Peminat Badminton Malaysia Ni Cepat Sangat 'Koyak'? Geram aku !"