Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kenapa Peminat Badminton Sekarang Makin Garang? Rindu Pula Zaman Kita Chill Sokong Legend Dulu-Dulu

 Hai korang !! macam mana pagi ni? hujan tak dekat tempat korang? tempat aku hujan wehh aku nak p pasar pun kena pakai payung.. lama dah tak sejuk sebab hujan pagi-pagi ni.. hehe baik kita nak sembang apa pagi ni eh?? macam-macam benda aku nak cerita sebab minggu depan musim 2026 bakal bermula secara rasminya dan Malaysia Open 2026 jadi kejohanan pertama tahun baru ni tau.


hari ni kita sembang lagi mengenai fans badminton Malaysia. sebab aku suka cakap pasal fans ni nak tahu sebab apa? sebabnya fans kita ni ada banyak jenis tau.. ini hasil pengalaman aku sendiri sebab aku ada group fb fans badminton jadi dekat situ aku tahu semuanya mengenai perangai korang korang ni..eee aku peratiii jerr tau.. hahaha


Kalau korang perasan.. bahang Malaysia Open 2026 ni dah mula terasa sangat-sangat.. panas dia lain macam tau... Axiata Arena pun dah mula nak 'gegar' balik dengan suara sokongan daripada fans kita.. Tapi dalam pada kita bersemangat nak sokong pemain-pemain kita ni, aku ada terfikir satu benda yang makin lama makin buat aku rasa pelik...


Kenapa Peminat Badminton Sekarang Makin Garang? Rindu Pula Zaman Kita Chill Sokong Legend Dulu-Dulu



Korang perasan tak yang fans badminton kita sekarang ni macam dah makin 'garang'. Aku duduk termenung jap sambil scroll media sosial tadi kan sambil-sambil belek group fb aku tu, aku tengok komen-komen netizen pasal draw Malaysia Open kali ni. Fuh, dia punya ulasan tu macam dia yang tukang bagi latihan kat pemain tu setiap pagi. 


Tapi yang paling menyedihkan bila ada yang dah mula 'pangkah' awal-awal pemain kita walaupun perlawanan belum mula lagi.. ermm Benda ni buat aku teringat balik zaman-zaman 10 atau 15 tahun lepas.. fuhh lama juga tu.. haha aku muda lagi tau !! hahaha Zaman tu kita sokong legend-legend kita dengan cara yang cukup berbeza. Kadang-kadang aku rasa rindu pula nak balik ke zaman tu kan.. lebih rileks dan penuh dengan semangat kesukanan yang tinggi.


Sekarang bukan tak ada vibe tu.. masih ada tetapi sudah kurang bagi akulaah.. memang kurang weh.. dulu kalau nak tengok orang maki player ni dekat stadium jerr.. tapi sekarang ni 24 jam boleh baca dekat group fb tu.. kadang-kadang aku terfikir diorang ni tak da kerja lain kerr? asyik nak marah jer keja diorang ni tau.


Aku rasa dulu punya game lagi sengit kan.. lee chong wei vs lin dan fuhh masa ni memang penuh depan tv nak tengok game nii.. tapi masa tu kan kalau pemain kita kalah pun kita paling power pun kita jerit depan tv jerr.. hancurkan remote tv sebab marah sangat adalah kan.. lepas tu kita tak ingat apa dah kan.. sebab next game akan terus berlangsung macam biasakan..


Kita keluar minum-minum teh dekat mamak sambil sembang dengan kawan-kawan dan ulas perlawanan tadi tu dengan rileks jer kan.. kemudian hidup terus macam biasa.. tapi sekarang kan.. fuhhh zaman dah berubah sejak ada media sosial ni yang bagi aku lah macam pisau dua mata.. pemain tengah main pun diorang dah kena maki..


Ditambah pula kalau kalah game tu, memang kena komen tu sudah mesti dan wajiblah orang kata. Dekat instagram pemain tu dan facebook tu penuh dengan kecamana yang sangat tajam daripada peminat-peminat kita ni.. Kesian mental budak-budak tu.. bayangkan kalau dia pemain muda, baru jer nak mula karier dah kena maki kan.


Kadang-kadang tu aku rasa macam diorang lupa yang para pemain kita ni manusia juga. mereka juga perlu kepada komen dan kritikan membina tapi bukan kritikan yang menjatuhkan tau..Diorang tu bukan robot yang dah kena program tu.. memang akan buat salah dan adakala mereka juga jadi betul dengan menang perlawanan tau..


Bila banyak kecaman macam ni, suasana tenang macam dulu dah hilang tau..aku pelik betul dengan fans kita ni,, susah sangat nak terima kenyataan yang sekarang ni zaman dah berubah tau.. tak semua pemain akan main di final dan tidak semua pemain akan menang dalam setiap perlawanan mereka tau.. jadi kitakenalah bersedia dan setiap beri sokongan padu kepada pemain-pemain kita. 


Aku harap benda ni tak kan berulang untuk tahun 2026 ni lah kan.. kita mula dengan Malaysia Open 2026 ni kan.. kita main dekat home kan.. jadi aku nak ajak korang semua untuk kita ubah cara kita bagi sokongan dekat pemain-pemain kita ni.. jomlah berubah kearatah yang lebih baik lagi sempena tahun baru ni ya.. kita nak penyokong berikan kritikan yang terbaik dan komen kepada pemain kita.


Kita nak Axiata Arena penuh dengan perkara-perkara positif.. kita nak gegarkan axiata arena dengan sokongan fans dari seluruh Malaysia untuk pemain-pemain kita.. bukan kejian dan makian yang diberikan pada pemain kita. yang penting kita tak nak jatuhkan moral pemain kita ya.. termasuklah di sosial media sekarang ni ya.


Pastikan kita tunjukkan akhlak kita yang terbaik dekat dunia yang fans malaysia sentiasa berada di belakang para pemain kita dan kita tunjukkan yang kita passionate tapi tetap beradab.. kali ni aku nak tambah sikit untuk para pemain-pemain kita yang akan mula kempen baru tahun ni untuk terus berjuang dengan semangat yang tinggi dan terus berjaya menggapai impian korang ya.


Satulagi benda penting yang aku nak cakap jangan terlalu melayan komen netizen ni ya.. terutamanya komen-komen negatif yang tak ada hala tuju ni.. anggaplah ia sebagai asam garam kehidupan tetapi pada masa yang sama tidak menjadikan benda tu sebagai penghalang untuk korang terus berjaya dalam dunia badminton tahun ni.


Jangan koyak dengan netizen sebab itulah matlamat diorang sebenarnya untuk jatuhkan anda daripada tempat anda sekarang tau.. hati-hati ya. sebabnya aku risau dengan korang, tahun lepas pun ramai yang terkesan dengan komen netizen sehinggalah pemain-pemain kita sendiri kena buat posting untuk tegur sikap peminat-peminat kita nii..


Aku harap bermula game malaysia open ni tak ada dah yang buat perangai macam tu ya.. aku perati ja ni.. kalau ada lagi aku buat entri sekali lagi..nanti aku marah betul-betul.. hahaha. Badminton ni sebenarnya sukan yang menyatukan kita semua... tapi kita hanya bersatu masa menang jerr kan tapi bila kalah pemain dan peminat tidak bersatu langsung.


Janganlah sebab satu kekalahan pemain tu kita sampailah sanggup maki hamun sesama sendiri dan menghina pemain kita yang dah berkorban keringat mereka untuk membanggakan kita semua dan memastikan jalur gemilang kita berkibar megah di kejohanan-kejohanan besar dunia tahun ini...Ingat balik zaman kita happy-happy dulu dan kini pemain-pemain muda kita pula ambil alih zaman ini.


Terus beri sokongan kepada pemain kita  dan aku harap sangat entri aku nii dapatlah buka pintu hati korang yang tengah marah dan nak kecam pemain-pemain kita nii.. jomlah jadi lah peminat yang lebih matang dan bijak ya.. kita jumpa di malaysia open 2026 ni ya.. korang yang ada pengalaman atau baca komen yang menyakitkan di facebook tu boleh komen di bawah.


Boleh kita sembang-sembang. aku pun tak cakap aku sorang jer yang betul.. sebab kita semua ada minat yang tersendiri kan.. korang komen lah ya.. kita boleh sembang-sembang di bawah ni ya.. aku baca tau setiap komen korang.

Catat Ulasan for "Kenapa Peminat Badminton Sekarang Makin Garang? Rindu Pula Zaman Kita Chill Sokong Legend Dulu-Dulu"