Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Malaysia Open 2026, Harapan Aku untuk pemain Malaysia.

 Hai korang !! hari ni dah hari jumaat dah.. dah masuk hari kedua dah pun untuk tahun 2026.. Fuhh kejap jer kan masa berlalu dan kita ni macam mana? masih sama macam dulu ker atau sudah berubah menjadi lebih baik.. tak kan lah kita masih di takok yang sama kan.. jadi kenalah berubah.. haa apa lah yang kena mengena dengan Malaysia OPen 2026 ni? hahaha ni alasan jerr..


Sebenarnya aku nak kongsikan mengenai kejohanan terbuka Malaysia yang akan berlangsung hari selasa ni iaitu pada 6 Januari 2026 ni.. aku yakin ramai yang dah tahu semua kaan.. aku dah tak sabar nak tengok game pemain-pemain Malaysia nanti yang paling best adalah susana penuh axiata arena dengan sokongan rakyat Malaysia.


Laungan Malaysia Boleh pasti bergema di setiap sudut axiata arena.. benda ni aku sendiri rasa dan ini sangat memberi aku pengalaman bermakna untuk aku.. masa pemain dah down teruk kena tinggal point, tapi peminat tak berhenti bagi sokongan tiba-tiba pemain kita pun naik syeikh weeh !! terus boleh kalahkan lawan dengan cepat dan buat comeback.


Malaysia Open 2026, Harapan Aku untuk pemain Malaysia.



Korang nak tahu tak kenapa Malaysia Open 2026 kali ini berbeza daripada yang tahun- tahun sebelum ni? Aku yakin peminat badminton Malaysia nak tengok comeback Lee zii jia untuk tahun 2026 ni kan.. itu momen special untuk rakyat Malaysia.. lama betul tak tengok zii jia main di pentas terbesar.. ditambah pula main dekat tempat sendiri memberi peluang besar untuk kita melihat zii jia jadi juara.


Korang mesti nak tengok momen-momen tu nantikan.. jadi korang follow page admin siapsiap tau..Kali ni ia buakan sekadar kejohanan biasa tetapi ia adalah lambang maruah negara apabila bermain di halaman sendiri.. jangan jadi lauk kari kena belasah dengan pemain-pemain lain sudah lah.. aku pun tak nak tengok game macam tu.. hahaha


Saingan kali ni lebih berfokus kepada pemain-pemain seperti lee zii jia yang sudah pasti mahu beri lebih fokus kepada konsistensi dan kejohanan kali ini menjadi kayu ukur untuk kebangkitannya.. Zii jia kena fokus untuk bermain dengan lebih tenang dan kena kurangkan unforced error dan gunakan kebijakkan dia bermain di net dan juga backhand smash padu ketika perlawnan.


Leong Jun Hao juga tidak boleh dipandang mudah tau sebabnya dia merupakan pemain no 1 kita tau bagi pemain single tau. Kita harap dia kekal fokus dengan permainannya walaupun banyak fasa suram yang dia lalui sepanjang tahun 2025 yang lalu dan kita harap tahun 2026 ini menjadi tahun kebangkitan bagi leong jun hao..


Kita sebagai peminat tak lah nak tengok diorang menang setiap masa.. sebab kita sendiri tahu yang setiap pemain ada masa mereka.. ada kala mereka boleh konsisten dan ada kala tidak sebab mereka juga manusia biasa. cumanya aku tak nak lah tengok hilang arah ketika beraksi di gelanggang sehingga menjadi mangsa belasahan pemain lawan ya..


Kemudian untuk pemain beregu lelaki sudah pastilah kita nak tengok aaron chia dan soh wooi yik mampu mencipta sejarah memenangi kejohanan kali ini sebab mereka merupakan pemain utama dan sudah mencipta banyak kemenangan sepanjang tahun 2025.. jadi momentum tu yang kita nak kekalkan untuk tahun 2026 ni..


Serius aku cakap !! aaron chia dan soh wooi yik adalah pemain yang konsisten bagi beregu lelaki untuk tahun lalu dan kita tak nak tahun ni jadi alasana sahaja untuk mereka.. tetapi nak mereka rebut kedudukan pertama ranking dunia..pada masa yang sama kita harap mereka kekal jadi tembok besar Malaysia dalam kejohanan-kejohanan besar dengan mencipta kejayaan penting tahun ini.


Seterusnya tumpuan kepada pemain negara juga iaitu Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin yang menjadi pemain no 1 dunia sekejap tahun lepas sebelum melalui fasa suram mereka selepas itu.. Mereka juga bakal bermain di kejohanan ini dan sudah pasti mereka harapan kita untuk membanggakan kita semua.. Ramai tau fans Fei Din ni tau.. jadi peminat fei din pasti tak sabar nak tengok comeback diorang kan.


Jadi sama-sama kita nantikan ya..korang bayangkan berapa ramai pemain beregu lelaki kita yang akan main minggu depan.. itu tak campur lagi pemain-pemain hebat dunia yang turut sama macam dari korea, india dan china.. jadi kita harapkan pemain-pemain negara akan lebih garang ketika beraksi di gelangang pada minggu hadapan.


Untuk beregu wanita pula sudah pasti nama besar seperti Pearly tan dan thinaah akan jadi tumpuan kita. Mereka mereupakan pemain kita yang paling konsisten tahun lepas jadi mereka pasti tak ada masalah untuk meneruskan rentak kemenangan mereka tahun..Diorang ni kaan memang ada fighting spirit yang hebat dan selalu jadi fighter kaan..


Diorang ni tak akan cepat mengalah dan korang ingat tak tahun lepas mereka buat comeback luar biasa ketika lawan pemain mentah dari Indonesia?? fuhh masa tu ramai dah angkat bendera putih tapi last-last mereka  berjaya buktikan dengan kemenangan. Dengan semangat yang membara tu , kita nak tengok rally panjang yang mampu memenatkan lawan ditonjolkan dalam perlawanan ini nanti.


Beregu campuran pula tidak asing lagi dan menjadi kem yang selalu bekalkan kejayaan untuk Malaysia.. kita ada juara dunia 2025 iaitu Chen Tang Jie dan Toh EE Wei menjadi ayam tambatan kita ceweeh !! mereka sudah pasti menjadi tumpuan kita untuk menonjolkan gaya permainan laju dan kental bagi mengalahkan lawan mereka.. fuhh


Permainan ee wei yang banyakpeningkatan dan semakin baik.. tapi kalau dia tak da mood main tu..fuhh boleh sakit hati wehh.. haha masam jer muka kan.. tapi hakikatnya tanpa ee wei, chen tang jie tak ada apa-apa.. begitu jgua sebaliknya.. masing-masing memerlukan antara satu sama lain.. korang ingat tahun lepas? diorang hampir berpisah..


Mujurlah Coach nova dan coach rexy berjaya pujuk dan paling tak sangka terus menang kejohanan dunia dan jadi juara dunia.. tak sangka  betul masa tu.. memang bukan pemain harapan pun sebab kita tau yang diorang gaduh kan.. tapi puji tahap proffesional mereka dalam meneruskan rentak permainan merka dan menjadi yang terbaik di dunia.


Selain itu pemain senior Goh Soon Huat dan Shevon juga wajib diberi perhatian.. walaupun diorang ni beregu senior tetapi kekuatan dan kebijakan diorang dalam perlawanan mesti diberi perhatian.. Mereka power dalam bab komunikasi yerlah kan dioang kan suami isteri jadi komunikasi tu memang terbaik berbanding pasang-pasangan lain.


Ehhh aku lupa ada satu pemain lagi yang wajib ada dalam perlawanan ini iaitu pemain ke 12. siapa tu? korang lahhh tanpa korang, kejohanan-kejohanan besar macam ni tak akan meriah tau.. Bagaimana korang menghidupkan axiata arena yang mati sebab tak ada orang kan. Dari korang masuk jer dalam arena tu terus menyala lampu.. fuhh bangga kan..


Korang tahu yang korang ni nyawa kepada para pemain kita.. kalau korang takda maka tak dalah para pemain-pemain ini.. Dengan sokongan korang yang bergema tu pasti menaikkan semangat para pemain kita.. Jadi harapan  kita makin besar untuk skuad negara kita pada minggu depan.. semoga para pemain-pemain kita buat yang terbaik.


Dan yang paling penting dapat banggakan kita semua. korang yang ada harapan untuk para pemain kita tu, boleh komen dekat bawah ni ya. sebab nanti aku baca dan boleh lah aku post dekat Fb kan.. jadi korang rajin-rajinlah komen ya.. terima kasih sebab sudi baca sampai sekarang ni ya.. aku sayang korang tau !! muaahh cikett.. hahaha


Catat Ulasan for "Malaysia Open 2026, Harapan Aku untuk pemain Malaysia."