Tahun 2026, Impian aku sebagai peminat badminton Malaysia.
Hari ini aku terinspirasi weh nak tulis mengenai tahun 2026 memandangkan hari ni adalah hari pertama tahun dua puluh dua puluh enam kan.. jadi banyak benda nak cerita pasal badminton ni tapi kita mulakan dengan pembukaan dulu sebab utamanya adalh kita nak buka tahun baru dengan perkara baik dan harapan kita sebagai peminat badminton Malaysia.
Aku yang dah mula minat badminton sejak zaman misbun lagi ni memang akan terasa bila masuk tahun baru. kejap jer masa berlalu kan. aku pun nampak ramai yang komen dekat group badminton yang aku buat tu mengenai harapan mereka kepada badminton Malaysia untuk tahun 2026 ini. Ramai yang beri fokus kepada drama pemain jerr..
Pemain itu bercinta dan ada yang fokus dekat ranking jaa dan ada yang ikut tournament sepanjang tahun.. Aku sebagai admin group bola memang kena layan setiap game supaya fans aku tak terlepas aksi menarik kan.. tapi tak kan hanya tengok game dan update menang dan kalah kan.. sebenarnya kita boleh buat banyak benda lagi dalam beri sokongan padu kita kepada pemain-pemain kita.
Aku jujur cakap dengan korang yang aku sendiri tak sabar nak rasa debaran sakit jantung tengok game badminton kita macam kita lalui pada tahun 2025 ya. Dah masuk 2026 pun, jantung aku masih berdegup kencang tiap kali tengok perlawanan satu mata demi satu mata... Penat weh jadi peminat Malaysia, tapi nak buat macam mana, dah sayang kan..kita layankan jerr..
Untuk tahun 2026 juga semua tertumpu kepada saingan piala thomas dan Piala Uber. Mana tidaknya kita lama tak bawa balik piala tu ke Malaysia. Mahu tak mahu itulah jadi tumpuan kita selain final world tour hujung tahun 2026 nanti. Semangat peminat badminton Malaysia ni sentiasa tinggi sebab itulah diorang cepat marah bila kalah..
Korang tak caya? aku jaga group facebook tu tahu lah perangai sorang-sorang.. haha ada yang lepas geramdekat facebook sebab kalah.. ada tu yang masa tengah game dah maki-maki player.. tapi tiba-tiba jer dah menang balik.. haha malu weh !! ini selalu sangat terjadi dan ramai yang malu sendiri bila pemain buat comebak masa game tu ya..
Lawak jer tengok maisng-masing nak cover salah tu.. terus dia ubah topik bagai.. haha Aku harap tahun 2026 nanti tak dalah yang nak kecam player gila-gila macam tahun 2025 baru ni kan. Semua kena main pertanan dan bersokongan kepada pemain-pemain kita supaya misi-misi kejohanan besar dapat di realisasi dengan baik dan sempurna.
Aku nak tengok pemain-pemainkita seperti Lee zii jia, aaron chia dan soh wooiyik serta pearly tan dan thinaah terus berada di prestasi terbaik mereka bagi kempen tahun 2026 ini. jelas mereka perlu kekal konsisten dan dapat menghuni ranking pertama dunia pada tahun ini nanti. Aku juga harap diorang akan dapat lebih banyak gelaran dan mencipta fenomena besar sepanjang karier mereka.
Macam persatuan badminton Malaysia dah sebut yang mana pemain-pemain senior akan memilih kejohanan yang penting sahaja sebab bimbang diorang terlebih penat dan tidak fokus kepada tournament besar.. dan pastii sekarang ni tumpuan akan diberikan kepada pemain muda kitalah.. untuk beregu lelaki tu takda masalah.. sebab ramai gila.
Semua macam tunggu masa jer nak cipta kejutan.. dan mereka berada dalam prestasi terbaik mereka. Jadi dengan langkah baik BAM ini akan beri banyak peluang pemain muda negara beraksi di pentas-pentas besar sepanjang tahun ni. Sampai bila diorang nak jadi back up jer kaan.. sekarang dah jadi masa diorang untuk berjaya.
Jujur lagi aku cakap yang aku tak nak tengok team kita asyik harapkan abang-abang senior jer. Sampai masa budak-budak muda ni pula kena 'mengamuk' dalam court! sebab senior akan mencari masa untuk bersara sementara pemain muda bakal menjadi aset besar dan mempercepatkan pembangunan pasukan badminton kita..
Malaysia Open 2026 bakal menjadi penentu untuk perjalanan badminton kita pada tahun ini. Jadi seperti biasa kejohanan home ni akan jadi tempat kita mengembangkan potensi pemain-pemain kita. ditambah pula dengan poin super 1000 ni membuatkan kita ternanti-nanti pemain-pemain muda yang bakal buat permainan yang baik dan mencipta kejayaan kepada kita.
Harap sangat impian aku nak tengok sekurang-kurangnya satu atau dua wakil kita naik podium kat Axiata Arena tercapai lah.. haharisau pula aku bila letak harapan tinggi ni kan.. sebab tahun lepas pun malaysia open 2025 menyaksikan yang tak ada pemain malaysia menang tau.. tapi dalam Malaysia masters ada lah yang menang kaan.
Pada masa yang sama tahun 2026 ni aku nak tengok suasana badminton kita lebih sihat. itu harapan aku sebagai peminat badminton Malaysia. selain fokus kepada fasiliti kita juga patut fokus kepada keperluan pemain-pemain kita tidak kira apa jua matlamat kita. lebih penting adalah sokongan padu persatuan dan masyarakat dalam membantu pemain-pemain kita.
Kalau nak harap pemain sahaja yang bagi hadiah kemenang itu memang mustahillah kan.. sebab mereka juga perlukan dana untuk bergerak keadaan latihan tanpa tekanan dan dibantu dari sudut emosi dan psikologi juga pasti membantu pemain kita melakar lebih banyak kejayaan yang lebih besar dalam semua kejohanan pada tahun ini.
Tak naklah tengok berita nanti yang ni salahkan yang ni dan yang ni salahkan yang ni bagaikan.. tak syok lah kita nak main dengan sempurna dan tenang.. kontroversi luar court tak nak layan dah ya.
Sebelum aku tutup entri kali ni, aku doakan tahun 2026 ini bakal menjadi tahun yang bermakna untuk Malaysia dalam sukan badminton dan kasih sayang peminat juga bertambah dalam membantu kebangkitan badminton kita menjad ilebih baik di masa hadapan. Aku juga harap tahun 2026 ini akan jadi tahun gilang gemilang buat ktia semua.
Korang yang nak update terkini pasal badminton Malaysia tahun ni, jangan lupa untuk follow blog badmintonkini.com ya.. jadi pembaca yang setiap untuk blog aku ya.. Korang pula apa impian korang untuk badminton Malaysia tahun 2026 ni? Ada yang sama macam aku ke? Korang boleh komen dekat bawah ni ya.
Aku sebenarnya baca tau semua komen korang tu, jadi rajin-rajinlah komen dekat bawah ya.. nanti aku boleh update artikel-artikel baru berdasarkan komen korang ya.. aku tahu korang rajin komen tapi malu kan.. alaahh janganlah malu nanti rugi pula ya.. baiklah itu sahaja untuk hari ini selamat tahun baru buat pembaca blog badmintonkini.com.
Aku doakan agar korang juga mencapai cita-cita dan impian korang sepanjang tahun 2026 ini ya. Selamat tahun baru !

Catat Ulasan for "Tahun 2026, Impian aku sebagai peminat badminton Malaysia."