Lee Zii Jia Jadi Wira, Malaysia Tewaskan England 3-2 Dalam Aksi Pembukaan Piala Thomas 2026
Secara jujurnya, aku tengok perlawanan semalam dengan sangat santai dan tenang. Mula jam 2.30 petang waktu Malaysia dengan Uber Cup 2026 dan kemudian sambung sampai ke 11 malam untuk perlawanan terakhir Lee Zii Jia. Walaupun tak menang 5-0, tapi kita tetap menang 3-2 dalam kedua-dua pertandingan. Kemenangan tetap kemenangan, kan? Janji mata masuk!
Skuad badminton lelaki negara memulakan kempen Thomas Cup 2026 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan England 3-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan B yang berlangsung di Forum Horsens, Denmark.
Justin Hoh Dikejutkan, Aaron-Wooi Yik Kembali "On Track"
Malaysia terlebih dahulu dikejutkan apabila perseorangan pertama negara, Justin Hoh, gagal membawa mata pertama selepas tewas kepada pemain ranking ke-62 dunia dari England, Harry Huang. Justin yang turun sebagai perseorangan pertama akur tewas 19-21, 19-21 dalam aksi yang cukup sengit.
Menurut Justin, tekanan sebagai perseorangan pertama sedikit memberi kesan kepada permainannya. Namun, beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, kembali menghidupkan semangat pasukan apabila berjaya menewaskan pasangan England, Oliver Butler dan Samuel Jones. Kemenangan straight set 21-19, 21-13 itu menyamakan kedudukan kepada 1-1.
Debaran Aidil Sholeh & Kebangkitan Man-Tee
Situasi kembali cemas bila England kembali di depan. Perseorangan kedua negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, dikejutkan oleh pemain ranking ke-153 dunia, Cholan Kayan. Kekalahan Aidil (16-21, 15-21) meletakkan Malaysia dalam keadaan bahaya tertinggal 1-2.
Nasib baik beregu kedua kita, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun, tampil dengan prestasi kelas A. Mereka menang selesa 21-14, 21-14 ke atas Alex Green dan Zach Russ untuk mengikat kedudukan 2-2. Masa ni, memang jantung aku dah mula berdegup kencang sebab semua harapan diletakkan kat bahu Lee Zii Jia.
Lee Zii Jia Tampil Sebagai Penyelamat Negara
Sebagai pemain paling berpengalaman dalam skuad kali ini, Lee Zii Jia tidak mensia-siakan kepercayaan yang diberikan. Turun dalam perlawanan penentuan (Match 5), Zii Jia mempamerkan aksi penuh tenang dan meyakinkan.
Beliau menang straight set 21-13, 21-11 ke atas wakil England, Nadeem Dalvi. Kemenangan itu bukan sahaja menghadiahkan mata ketiga buat Malaysia, malah memastikan skuad negara membuka kempen dengan kemenangan penting. Senyuman Zii Jia selepas tamat perlawanan jelas menggambarkan kelegaan seluruh kem Malaysia.
Kesimpulan: Tonik Terbaik Untuk Aksi Seterusnya
Kemenangan 3-2 ke atas England ni sebenarnya satu amaran awal yang kita tak boleh ambil mudah lawan lain. Walaupun terpaksa bermandi peluh, semangat juang yang ditunjukkan oleh barisan pemain muda dan senior kita ni membuktikan Malaysia masih ada taring dalam saingan Thomas Cup 2026.
Selepas ini, cabaran pastinya lebih getir. Sama-sama kita doakan agar Harimau Malaya terus konsisten dan mampu melangkah lebih jauh!
Korang rasa siapa pemain paling 'best' semalam? Cuba komen sikit pendapat korang kat bawah!

Catat Ulasan for "Lee Zii Jia Jadi Wira, Malaysia Tewaskan England 3-2 Dalam Aksi Pembukaan Piala Thomas 2026"