Rotation Kelaut & Ee Wei Geleng Kepala? Ini Punca Rexy Mainaky Kecewa Dengan Skuad Beregu di BAC 2026.
Aku tulis entri kali ni dalam keadaan sedih dan kecewa. Entahlah.. Kekecewaan jelas diluahkan Pengarah Kejurulatihan Beregu negara, Rexy Mainaky selepas kesemua beregu Malaysia gagal melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Asia 2026 (BAC 2026) yang berlangsung di Ningbo, China.
Prestasi hambar itu menyaksikan tiga wakil utama negara terkandas di peringkat suku akhir sekali gus menamatkan cabaran Malaysia lebih awal daripada jangkaan peminat badminton tanah air.
Tiga Beregu Negara Tersingkir di Suku Akhir
Harapan Malaysia untuk mencipta kejayaan di BAC 2026 tidak kesampaian apabila kesemua wakil beregu negara gagal mara ke peringkat seterusnya.
Tumpuan utama terarah kepada beregu nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk dan Ki Dong Ju.
Dalam aksi sengit tiga set, pasangan negara terpaksa akur tewas dengan keputusan 19-21, 28-26 dan 13-21.
Walaupun Aaron dan Wooi Yik berjaya bangkit dalam set kedua yang dramatik, namun mereka gagal mengekalkan momentum apabila pasangan Korea Selatan tampil lebih kemas dalam set penentuan.
Aku tengok game ni dan jelas nampak yang beregu korea mendominasi perlawanan. set kedua tu pun nasib baik kita menang. sampai kena mata ke 28 baru habis game kan.. nampak keadaan aaron chia dan soh wooi yik dah penat.
Tambah pula pemain korea ni jenis main laju dan smash diorang ni tajam betul. Defend diorang pun solid. kiranya dah ada dua pair power dari korea dah selepas seo seung jae dan kim won ho kan.
Menurut Rexy, lawan dari Korea Selatan menunjukkan permainan lebih konsisten dan kurang melakukan kesilapan.
"Semua yang dilakukan tidak menjadi ketika lawan bermain lebih baik. Korea bermain sangat baik, sangat sedikit kesilapan."
Tambahnya lagi, Korea Selatan juga lebih baik dari segi rotation serta permainan agresif yang menjadi faktor utama kemenangan mereka.
Pearly Tan - Thinaah Turut Gagal Mara
Nasib sama turut menimpa beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah.
Pasangan ranking dunia itu tewas kepada pasangan China, Li Yi Jing dan Luo Xu Min dengan keputusan 13-21, 15-21.
Rexy mengakui persembahan Pearly dan Thinaah tidak berada pada tahap sebenar.
Menurutnya, pasangan negara dilihat terlalu bermain secara individu dan gagal menampilkan kekuatan sebenar mereka.
"Sejak semalam permainan mereka agak negatif dalam rotation dan serangan juga perlu diperbaiki. Mereka terlalu banyak bermain secara individu."
Tambah Rexy lagi, kekuatan utama Pearly dan Thinaah adalah permainan agresif serta rotation pantas, namun perkara itu langsung tidak kelihatan dalam kejohanan kali ini.
Bagi aku, game pearly tan dan thinaah bukan teruk sangat tapi nampak keletihan pearly tan dan thinaah membuatkan taktikal tak menjadi. jujurlah aku cakap pemain china tu tahu kelemahan pearly tan dan thinaah, jadi diorang guna betul-betul sampai burn out terus pemain kita.
Aku yakin pearly tan dan thinaah akan bangkit lepas ni sebab diorang bukan jenis suka kalah lama-lama. diorang pasti akan bangkit dalam kejohanan seterusnya.
Tang Jie - Ee Wei Bergelut Sepanjang Perlawanan
Sementara itu, beregu campuran negara Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei turut mengalami nasib sama.
Pasangan negara tewas kepada beregu Korea Selatan, Kim Jae-Hyeon dan Jang Ha Jeong dengan keputusan 19-21, 17-21.
Menurut Rexy, Chen Tang Jie dilihat bergelut sepanjang perlawanan dan gagal mempamerkan aksi sebenar.
"Untuk Tang Jie-Ee Wei, Tang Jie sangat 'out of order'. Semua tidak menjadi."
Kenyataan itu jelas menunjukkan kekecewaan jurulatih terhadap prestasi beregu campuran negara yang diharapkan mampu pergi lebih jauh.
Game tang jie dan toh ee wei juga menjadi persoalan aku sebenarnya. kita tengok game ni pukul 11 pagi dan game pertama kan. jadi punca kekalahan yang ramai cakap dan aku sendiri tengok adlaah masalah uncaused error yang banyak dilakukan tang jie.
Yang lawaknya ee wei pun geleng kepala tengok error tu.. haha tu comel kan. kalau korang perasan ee wei yang selalu akan jadi masalah kepada tang jie dan akan bagi hilang mata. tapi dalam game semalam, jelas ee wei memang power dan pandai baca game dengan baik.
Tapi tang jie yang ada masalah sepanjang game semalam, smash tak menjadi, defend tak jadi dan kalut. fuhh banyak tau nak tulis tapi tak palah. kita bagi peluang mereka bangkit untuk kejohanan seterusnya nanti.
Cabaran Malaysia Berakhir di BAC 2026
Kekalahan tiga beregu utama negara itu menyaksikan cabaran Malaysia di Kejohanan Badminton Asia 2026 berakhir tanpa wakil di peringkat separuh akhir.
Situasi ini pastinya mengecewakan peminat badminton Malaysia yang mengharapkan sekurang-kurangnya satu wakil mara lebih jauh.
Prestasi Korea Selatan pula mencuri perhatian apabila berjaya menyingkirkan dua wakil utama Malaysia dalam kejohanan ini.
Kini, skuad negara dijangka melakukan penilaian semula bagi memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi kejohanan akan datang.
Bagi aku lah kan, prestasi keseluruhan memang jatuh sebab tak ada wakil di final dan semi final. kalau tahun lepas aaron chia dan soh wooi yik jadi juara tapi kali ni tak menjadi pula.
Sekarang fokus kena lebih untuk thomas cup 24 hari bulan april ni ya.
Harapan Kebangkitan Beregu Malaysia
Walaupun kecewa dengan keputusan di Ningbo, namun ini boleh dijadikan pengajaran penting buat skuad negara.
Dengan pengalaman yang dimiliki pemain seperti Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Pearly Tan dan Thinaah, kebangkitan semula bukan sesuatu yang mustahil.
Peminat badminton Malaysia pastinya mengharapkan prestasi lebih baik daripada beregu negara dalam kejohanan akan datang.

Catat Ulasan for "Rotation Kelaut & Ee Wei Geleng Kepala? Ini Punca Rexy Mainaky Kecewa Dengan Skuad Beregu di BAC 2026."