BADMINTONKINI

Mei 16, 2026 | Admin BadmintonKini

Biodata Thinaah Muralitharan: Sejarah & Profil Beregu Wanita No. 1 Malaysia

Thinaah Muralitharan merupakan nama yang tidak asing lagi dalam sukan badminton tanah air. Beliau bersama gandingannya, Pearly Tan, kini diiktiraf sebagai pasangan beregu wanita paling berjaya dalam sejarah badminton Malaysia selepas melakar pelbagai kejayaan di peringkat global.


Biodata Thinaah Muralitharan: Sejarah & Profil Beregu Wanita No. 1 Malaysia



Profil Peribadi & Latar Belakang

  • Nama Penuh: Thinaah Muralitharan
  • Tarikh Lahir: 3 Januari 1998
  • Tempat Lahir: Klang, Selangor, Malaysia
  • Tinggi: 1.64 m
  • Ranking Tertinggi: No. 2 Dunia (Julai 2025)
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL), Open University Malaysia
  • IQ : Instagram Thinaah.

Thinaah merupakan anak kedua kepada pasangan S. Muralitharan dan Parimala Devi Kalalingam. Beliau juga seorang yang versatil dengan kebolehan bertutur dalam empat bahasa utama Malaysia: Tamil, Melayu, Inggeris, dan Mandarin.

Karier Badminton: Dari Perseorangan Ke Beregu

Thinaah memulakan karier antarabangsa pada tahun 2013. Sebelum fokus sepenuhnya kepada acara beregu, beliau pernah beraksi dalam acara perseorangan wanita dan menjuarai Iran Fajr International 2018. Namun, keputusan bertukar ke acara beregu wanita bersama Pearly Tan pada 2019 telah mengubah landskap kariernya menjadi salah satu yang paling gemilang di Malaysia.


Biodata Thinaah Muralitharan: Sejarah & Profil Beregu Wanita No. 1 Malaysia

Pencapaian Bersejarah di Pentas Dunia

Antara pencapaian utama yang meletakkan Thinaah sebagai legenda sukan negara adalah:

  • Kejohanan Dunia 2025: Meraih pingat perak pertama Malaysia dalam acara beregu wanita.
  • Sukan Olimpik Paris 2024: Pasangan pertama negara mara ke peringkat separuh akhir acara beregu wanita.
  • Sukan Komanwel 2022: Pemenang pingat emas acara beregu wanita dan berpasukan campuran.
  • Sukan SEA 2025: Menamatkan penantian lama Malaysia untuk emas beregu wanita.
  • Juara Terbuka Perancis 2022: Pasangan beregu wanita pertama Malaysia merangkul gelaran berprestij Super 750 ini.

Rekod Kejuaraan BWF World Tour

Tahun Kejohanan Keputusan
2026Indonesia Masters (Super 500)Juara
2025Japan Masters (Super 500)Juara
2025Arctic Open (Super 500)Juara
2025Thailand Open (Super 500)Juara
2024Hong Kong Open (Super 500)Juara
2021Swiss Open (Super 300)Juara

Anugerah & Gelaran Kehormatan

Thinaah telah menerima pengiktirafan tinggi atas jasanya, termasuk gelar Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (BKS) pada tahun 2023. Beliau juga dinobatkan sebagai Sportswoman Selangor 2021-2022 dan menerima Anugerah Ikon Sukan OUM pada tahun 2024.

Dengan semangat "Semangat Malaysia", Thinaah Muralitharan terus menjadi sandaran utama negara untuk memburu emas di kejohanan besar akan datang.