Demam badminton kembali lagi, dan kali ini kita terbang ke Jakarta untuk POLYTRON Indonesia Open 2026! Siapa yang biasa tengok badminton mesti tahu betapa 'bingit' dan ikoniknya Istora Senayan tu. Dengan hadiah kemenangan mencecah USD 1,450,000, edisi kali ni memang akan jadi medan tempur paling sengit untuk wakil negara kita.
baca juga : Herry IP Akui Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Makin Merudum.
🏸 Info Kejohanan: Indonesia Open 2026
| Tarikh: | 02 - 07 Jun 2026 |
| Venue: | Istora Senayan, Jakarta |
| Hadiah: | USD 1,450,000 (RM6.8 Juta+) |
| Status: | BWF World Tour Super 1000 |
Dominasi Men's Double: Aaron-Wooi Yik & Sze Fei-Izzuddin
Kalau tengok senarai kali ni, sektor Bergu Lelaki (MD) paling ramai wakil. Aaron Chia & Soh Wooi Yik sudah tentu jadi sandaran utama, tapi jangan lupa Goh Sze Fei & Nur Izzuddin yang makin lama makin konsisten. Menariknya, kita ada gandingan 'otai' tapi dalam pair berbeza iaitu Goh V Shem (ganding dengan Choi Sol Gyu) dan Tan Wee Kiong (ganding dengan Azriyn). Memang nostalgia habis!
Jangan lupa juga pada 'ubi muda' kita, Kang Khai Xing & Aaron Tai. Inilah masanya untuk mereka rasa 'vibes' Istora yang terkenal dengan sorakan penyokong tuan rumah yang cukup luar biasa.
"Main kat Istora ni bukan pasal skill je, tapi pasal kekuatan mental. Siapa yang tak 'koyak' dengan sorakan penonton, dia yang ada peluang cerah nak naik podium!"
Senarai Penuh Wakil Malaysia Di Indonesia Open 2026
| Kategori | Wakil Negara |
|---|---|
| Men's Single | Leong Jun Hao |
| Men's Double | Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Sze Fei/Izzuddin, Arif Junaidi/Roy King, Kang Khai Xing/Aaron Tai, Azriyn/Tan Wee Kiong, Choi Sol Gyu/Goh V Shem |
| Women's Double | Pearly Tan/M. Thinaah, Ong Xin Yee/Carmen Ting |
| Mixed Double | Goh Soon Huat/Shevon Jemie, Hoo Pang Ron/Lai Pei Jing, Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien, Jimmy Wong/Cheng Su Yin |
| Women's Single | K. Letshanaa |
Mampukah Pearly-Thinaah Buat Kejutan?
Selain MD, tumpuan juga terarah kepada Pearly Tan & M. Thinaah. Lepas aksi cemerlang mereka dalam beberapa siri jelajah sebelum ni, peminat harap sangat mereka boleh pecahkan dominasi bergu China atau Jepun di Indonesia. Manakala di sektor perseorangan, Leong Jun Hao memikul tanggungjawab berat sebagai satu-satunya wakil MS kita.
Apa Pendapat Korang?
Dengan senarai pemain yang agak besar kali ni, aku nak tanya pendapat korang:
- Sektor mana yang korang rasa paling berpeluang nak bawa balik gelaran juara? Adakah MD atau XD?
- Korang rasa gandingan V Shem & Wee Kiong (walaupun berasingan) mampu pergi jauh ke kali ni?
