Rabu, 1 Oktober 2025

Update Terkini Lee Zii Jia: Terpaksa Berehat Kerana Masalah Belakang, Tiga Kejohanan Utama Ditinggalkan

 Lee Zii Jia, pemain perseorangan badminton nombor satu Malaysia, telah disahkan akan menjalani program pemulihan lanjutan selepas mendapat nasihat pakar perubatan akibat masalah sakit belakang (low back pain) yang berterusan.


Update Terkini Lee Zii Jia: Terpaksa Berehat Kerana Masalah Belakang, Tiga Kejohanan Utama Ditinggalkan


Sebelum ini Lee Zii Jia di laporkan akan menyertai Arctic Open 2025 minggu hadapan. Korang boleh baca info Arctic Open 2025 untuk info terkini. 

Lee Zii Jia Terlepas Denmark Open, French Open dan Hylo Open 2025

Mengikut kenyataan rasmi pasukan pengurusan, Zii Jia tidak akan beraksi di tiga kejohanan besar bulan Oktober ini iaitu:

  • 🏸 Denmark Open 2025

  • 🏸 French Open 2025

  • 🏸 Hylo Open 2025

Keputusan ini dibuat demi memastikan kecederaannya pulih sepenuhnya dan mengelakkan risiko yang lebih serius menjelang musim kompetitif seterusnya.

Kita banyak terlepas perkembangan Lee Zii Jia ni kan. Korang Boleh Follow Instagram Team Lee Zii Jia untuk dapatkan info terkini mengenai dirinya.       

Musim 2025 yang Mencabar

Tahun 2025 boleh dikatakan sebagai musim yang penuh cabaran buat Lee Zii Jia. Beberapa isu kecergasan serta prestasi yang tidak konsisten telah menjadi ujian besar. Namun begitu, semangat juangnya untuk bangkit, bersama sokongan padu daripada penyokong dan penaja, terus menjadi motivasi utama buatnya.

Fokus Utama: Pemulihan dan Kembali Lebih Kuat

Pasukan perubatan menekankan bahawa tempoh pemulihan tambahan ini amat penting. Dengan jadual kejohanan yang semakin padat menuju ke penghujung musim, keputusan berehat ini dilihat sebagai langkah bijak untuk memastikan Zii Jia kembali ke prestasi terbaik.

Pihak pasukan turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang terus memberikan sokongan tanpa henti kepada jaguh badminton negara itu.

Full Kenyataan Media Team LZJ

'Lee Zii Jia Telah Dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk menjalani program pemulihan lanjutan untuk sakit pinggang yang berterusan. Oleh itu, dia akan terlepas penyertaan kejohanan yang dirancang berikut pada pembukaan Perancis terbuka denmark dan Terbuka Hylo pada bulan Oktober ini. 

2025 sememangnya merupakan musim yang mencabar bagi zii jia, tetapi keazamannya untuk mengatasi cabaran dan sokongan daripada peminat serta penaja telah menjadi kekuatan motivasi yang besar. 

Pasukan kami akan mengemas kini perkembangannya dengan sewajarnya dan sekali lagi kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda tanpa syarat'

Baca juga : Biodata Lee Zii Jia 2025.

Kesimpulan

Walaupun terpaksa menarik diri daripada tiga kejohanan besar bulan Oktober 2025, Lee Zii Jia tetap berazam untuk kembali lebih kuat selepas selesai program pemulihan. Semua peminat badminton Malaysia pastinya akan terus menantikan kemunculan semula beliau di gelanggang antarabangsa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan